Khidmat Bantu Pendaftaran Badan Sukan: PBSB Kapit Santuni Jawatankuasa Kelab Baharu

Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.

KAPIT, 25 November 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit semalam telah menerima kunjungan daripada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) sebuah kelab baharu bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan tatacara penubuhan dan pendaftaran badan sukan.

Sesi perjumpaan yang berlangsung di pejabat PBSB Kapit ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta bimbingan teknikal mengenai penggunaan Sistem Pengurusan Badan Sukan (eRosa) bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Penerangan lanjut telah disampaikan oleh En. Martin Sherman Minggu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Dalam sesi tersebut, beliau telah menerangkan langkah demi langkah proses pendaftaran dalam talian yang perlu dipatuhi bagi memastikan kelab tersebut didaftarkan secara sah di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Inisiatif Jawatankuasa kelab yang hadir secara proaktif ke pejabat amat dipuji kerana ia menunjukkan komitmen mereka untuk mentadbir urus pertubuhan sukan dengan telus dan teratur. PBSB Kapit sentiasa membuka pintu kepada mana-mana persatuan atau kelab belia dan sukan di bahagian ini yang memerlukan bantuan teknikal atau khidmat nasihat berkaitan pengurusan organisasi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #pbsbkapit

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search