SRI AMAN, 22 NOVEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Tadika Perpaduan Taman Harmoni, telah mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak sempena Sukan komuniti Pribumi Sarawak bahagin Sri Aman. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokan, tetapi turut memupuk kesederan tentang minat kanak-kanak terhadap mewarna.
SRI AMAN, 22 NOVEMBER 2025 –Pertandingan Sepak Penalti sempena Sukan Komuniti Pribumi Sarawak telah berlangsung dengan meriah di Padang futsal Taman harmoni Sri Aman.Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Sukan Komuniti Pribumi Sarawak bahagain Sri Aman, yang memfokuskan pembangunan sahsiah,kesukanan dan kerjasama komuniti di peringkat akar umbi.
Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang luar biasa dari komuniti setempat.
SRI AMAN, 13 NOVEMBER 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak tahun 2025 telah diadakan bertempat di Perpustakaan Desa taman Harmoni
Mesyurat ini bertujuan untuk membincangkan Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak tahun 2025 yang melibatkan acara Futsal,Sukan Rakyat/ Sukan Tradisional, Sukaneka kanak-Kanak/mewarna, Sukan Keluarga, Ping Pong, Dart dan Senamrobik yang akan diadakan pada 22 November 2025 bertempat di Taman Harmoni Sri Aman.
SRI AMAN, 02 NOVEMBER 2025 – Seramai 150 orang hadir di kejohanan ini bagi merebut hadiah yang telah ditawarkan. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sri Aman telah dijemput untuk hadir dan merasmikan pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Crock 28 Dart Club Sri Aman, Sarawak.
Kejohanan bermula pada 02 november 2025, hadir merasmikan program tersebut, Encik Mohd Israk Ismail mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
LIMBANG, 29 NOVEMBER 2025 – Kejohanan Tarik tali terbuka antarabangsa Limbang dikelolakan oleh Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang telah selesai minggu lalu dengan penyertaan lebih 60 pasukan. Untuk makluman semua, kejohanan ini berlangsung di kompleks Sukan Limbang, Limbang. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat baru dalam sukan Tarik tali serta meningkatkan budaya sihat cergas dan bertenaga agar terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Pasukan Gb Briged Sabah Telah dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang Wang Kemenangan RM25,000.000 manakala naib Juara iaitu Pasukan VAT69 Komando membawa pulang RM20,000.00 serta pasukan Chainblock mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM15,000.00.
Puan Aimy Alisha Charlie dan Encik Mohd Hafizul Helmi telah dilantik sebagai pengacar Majlis dan pengulas sukan bahgi kejohanan kali ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
LIMBANG, 28 NOVEMBER 2025 Pemeriksaan Aset bagi tahun 2025 di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang telah dilaksanakan pada minggu lalu. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan aset di pejabat serta memastikan ketepatan rekod dan diselaraskan mengunakan sistem. Selain itu, pemeriksaan tersebut mampu meningkatkan kualiti pengurusan aset pada masa mendatang.
Pemeriksaan Aset PBSB Limbang telah dihadiri oleh Encik Mohamad Arbi bin Rosli dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang akan menambah baik segala teguran yang diterima dari pemeriksaan Aset bagi memastikan isu-isu dan masalah pengurusan aset dapat diselesai dan dilaksana dengan kadar segera.
LIMBANG, 29 NOVEMBER 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah mengadakan satu program senaman warga emas aktif (siri8) yang dikelolakan oleh Kelab Aerobik Padang. Untuk makluman semua, senaman ini diadakan di Gelanggang Takraw, Kampung Aru, Limbang. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mengekalkan kesihatan yang baik serta meningkatkan budaya sihat cergas dan bertenaga agar terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
LIMBANG, 28 NOVEMBER 2025 Pemeriksaan Verifikasi Stor bagi tahun 2025 di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang telah dilaksanakan pada minggu lalu. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan stor di pejabat serta memastikan ketepatan rekod dan fizikal serta pelarasan stok diselaraskan mengunakan sistem. Selain itu, verifikasi tersebut mampu meningkatkan kualiti pengurusan stor pada masa mendatang.
Pemeriksaan verifikasi stor telah dihadiri oleh Puan Olivia anak Kimanis dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang akan menambah baik segala teguran yang diterima dari pemverifikasi stor bagi memastikan isu-isu dan masalah pengurusan stor dapat diselesai dan dilaksana dengan kadar segera.
LIMBANG, 29 NOVEMBER 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah mengadakan satu program senaman warga emas aktif (siri7) yang dikelolakan oleh Kelab Aerobik Padang. Untuk makluman semua, senaman ini diadakan di Kampung Berawan, Limbang. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mengekalkan kesihatan yang baik serta meningkatkan budaya sihat cergas dan bertenaga agar terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.