- JBS Sarawak
- Hits: 119
JUARA BARU BAGI KEJOHANAN TARIK TALI TERBUKA ANTARABANGSA LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 119
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 29 NOVEMBER 2025 – Kejohanan Tarik tali terbuka antarabangsa Limbang dikelolakan oleh Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang telah selesai minggu lalu dengan penyertaan lebih 60 pasukan. Untuk makluman semua, kejohanan ini berlangsung di kompleks Sukan Limbang, Limbang. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat baru dalam sukan Tarik tali serta meningkatkan budaya sihat cergas dan bertenaga agar terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Pasukan Gb Briged Sabah Telah dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang Wang Kemenangan RM25,000.000 manakala naib Juara iaitu Pasukan VAT69 Komando membawa pulang RM20,000.00 serta pasukan Chainblock mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM15,000.00.
Puan Aimy Alisha Charlie dan Encik Mohd Hafizul Helmi telah dilantik sebagai pengacar Majlis dan pengulas sukan bahgi kejohanan kali ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
