- JBS Sarawak
- Hits: 55
PEMERIKSAAN ASET PBSB LIMBANG 2025 SELESAI DENGAN JAYANYA
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 NOVEMBER 2025 Pemeriksaan Aset bagi tahun 2025 di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang telah dilaksanakan pada minggu lalu. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan aset di pejabat serta memastikan ketepatan rekod dan diselaraskan mengunakan sistem. Selain itu, pemeriksaan tersebut mampu meningkatkan kualiti pengurusan aset pada masa mendatang.
Pemeriksaan Aset PBSB Limbang telah dihadiri oleh Encik Mohamad Arbi bin Rosli dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang akan menambah baik segala teguran yang diterima dari pemeriksaan Aset bagi memastikan isu-isu dan masalah pengurusan aset dapat diselesai dan dilaksana dengan kadar segera.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
