- JBS Sarawak
- Hits: 55
VERIFIKASI STOR MENINGKATKAN LAGI MUTU PENGENDALIAN STOR DIMASA AKAN DATANG
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 28 NOVEMBER 2025 Pemeriksaan Verifikasi Stor bagi tahun 2025 di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang telah dilaksanakan pada minggu lalu. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan stor di pejabat serta memastikan ketepatan rekod dan fizikal serta pelarasan stok diselaraskan mengunakan sistem. Selain itu, verifikasi tersebut mampu meningkatkan kualiti pengurusan stor pada masa mendatang.
Pemeriksaan verifikasi stor telah dihadiri oleh Puan Olivia anak Kimanis dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang akan menambah baik segala teguran yang diterima dari pemverifikasi stor bagi memastikan isu-isu dan masalah pengurusan stor dapat diselesai dan dilaksana dengan kadar segera.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
