Kepala Batas, 13 Mei 2026 - 𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 @ 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗦𝗕@𝗛𝗕𝗡) 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲
#menggerakbeliaSPU
#SBHBNSPU26
#mbdspu
#pbsdspu #jbspenang
#jbsnegara
#KBSMalaysia
- JBS Penang
- Hits: 41
Kepala Batas, 13 Mei 2026 - 𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 @ 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗦𝗕@𝗛𝗕𝗡) 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲
#menggerakbeliaSPU
#SBHBNSPU26
#mbdspu
#pbsdspu #jbspenang
#jbsnegara
#KBSMalaysia
Bukit Mertajam, 13 Mei 2026 | SMK Penanti - Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2026 bertempat di SMK Penanti, dijayakan bersama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah , melibatkan penyertaan aktif golongan belia, pelajar serta pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Zaidi bin Haji Mohd Said, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen pelbagai pihak dalam menjayakan program pembangunan belia di daerah ini.
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung antaranya pameran agensi kerajaan, pameran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertandingan kuiz, serta taklimat berinformasi yang memberi pendedahan dan manfaat kepada para peserta.
Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan semangat kesukarelawanan, memperkukuh jati diri belia serta membuka ruang interaksi yang lebih dekat antara belia dan agensi berkaitan.
Terima kasih kepada semua agensi, peserta dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026.
#SemarakBelia2026
#HariBeliaNegara2026
#SBHBN2026
#BeliaMadani
#JBSN
#MBDSPT
#mengerakbelia
Bukit Mertajam, 9 Mei 2026 - Keputusan Rasmi, Liga Sukan Komuniti Seberang Perai Tengah 2026.
Tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan, komitmen dan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung!
━━━━━━━━━━━━━━━
FUTSAL
Johan
Perda Family B
Naib Johan
White Pearl
Ketiga Bersama
Perda Family A
CC Star
━━━━━━━━━━━━━━━
BOLA JARING
Johan
Garuda Gasto B
Naib Johan
MBDSPT C
Ketiga Bersama
Netbellas
Penang Bar
━━━━━━━━━━━━━━━
BOLA TAMPAR
Johan
USM Falcon
Naib Johan
Penang Khor Koi
Ketiga Bersama
Black Falcon
Stinger
Seberang Jaya, 9 Mei 2026 - Aksi penuh bertenaga dan semangat berpasukan mewarnai acara Futsal Liga Sukan Komuniti Seberang Perai Tengah 2026.
Setiap perlawanan berlangsung dengan sengit serta mempamerkan komitmen tinggi daripada semua pasukan yang bertanding.
Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung
#LigaSukanKomuniti2026
#FutsalSPT
#SukanKomuniti
Bukit Mertajam, 5 Mei 2026 - Pra Pendaftaran Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (Klas) Fasa 1 Kategori Kanak-Kanak B40 Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 Kini Dibuka. Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas di seluruh negara. Program ini diharap dapat memberikan pendedahan asas berenang kepada peserta (learn to swim)
Bagi Fasa 1/26, program ini terbuka kepada Kanak-kanak daripada keluarga B40 berumur 6 hingga 12 tahun (Bukan daripada golongan OKU) Seberang Perai Utara, Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah.
Sekiranya tuan/ puan berminat untuk mendaftar, boleh mengisi borang ini bagi pra-pendaftaran program KLAS Renang. Peserta yang terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program. Sila klik pautan pendaftaran untuk mendaftar atau imbas code QR bagi mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut
Tempat adalah TERHAD
Borang pra pendaftaran ini akan ditutup/ tidak dapat di akses apabila telah penuh penyertaan.
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! (Tiada bayaran dikenakan bagi penyertaan program ini)
Pendaftaran secara dalam talian melalui pautan: https://forms.gle/itXk5CKheshqQwJH7
P/s Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program.
Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN Bersama
#TeamKBS
#TeamJBSNPP
#JBSNBersama
#KLASRENANG
#MALAYSIAMADANI
Bukit Mertajam, 4 Mei 2026 - Mesyuarat Penyelarasan Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat di Bilik Mesyuarat SMK Penanti hari ini.
Semua pihak turun padang — agensi, rakan strategik & wakil belia — masing-masing bagi komitmen padu untuk pastikan program kali ni lagi gempak, lagi padat & lagi berimpak!
Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak Belia@Hari Belia Negara (SB@HBN) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah;
Dipengerusikan. oleh: Tuan Anuar Bin Rahim- Pengetua SMK Penanti. Turit hadir bersama Puan Mazlina Binti Maming - Peg Belia dan Sukan Daerah SPT, En Abdul Samad Bin Abdul Nizar- Timbalan YDP 1- Majlis Belia Daerah SPT
Kehadiran Agensi: ATM, AADK Daerah SPT, Pej Penerangan Daerah SPT, Pejabat Kesihatan Daerah SPT, IKTBN Bukit Mertajam dan IbuPejabat PDRM Daerah SPT
Banyak idea yang mantap telah dibincangkan — dari aktiviti belia, program santai sampai ke pengisian berimpak tinggi yang confirm buat korang tidak akan lepas peluang
Stay tuned… ini baru permulaan
Yang pasti, Semarak Belia SPT 2026 bakal jadi luar biasa!
#SemarakBelia
#HariBeliaNegara
#BeliaSPT
#AnakMudaBangkit
#yakinboleh
#mbdspt
#jbsnpp
Bukit Mertajam, 30 April 2026 | Khamis - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, Pn. Mazlina Binti Maming telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah sebagai langkah memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan program pembangunan sukan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya dalam usaha mengenalpasti bakat asas, menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti sukan serta mencungkil potensi baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Selain itu, inisiatif ini juga diharap dapat menyuntik semangat dan keyakinan kepada golongan OKU untuk terus aktif serta berani menyertai pelbagai kejohanan sukan pada masa hadapan.
#PBSDSPT
#KunjungHormat
#PembangunanSukanOKU
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
Bukit Mertajam, 18 April 2026 – Akira Basketball Court menjadi saksi kejayaan penganjuran kejohanan yang menghimpunkan 200 atlet dari Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang
Dianjurkan oleh MITF SPU dengan sokongan Dana Sukan Komuniti, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi platform membina semangat juang, disiplin dan perpaduan dalam kalangan atlet muda
Turut memeriahkan kejohanan ialah kehadiran barisan tetamu kehormat seperti Dato’ Dr. ChM Mas Rosemal Hakim bin Mas Haris, Pn. Mazlina binti Maming, Master Muhammad Sharali Nurul’Ezam bin Ramli, Master Rosnan bin Basir, Mr. Peter Lim Eng Nam dan Mr. Ang Chin Hwa.
Tahniah kepada semua peserta dan urusetia, khasnya Dr. Mas Adil bin Mas Rosemal Hakim selaku Pengurus Kejohanan atas penganjuran yang lancar
#NorthernUnity2026 #TaekwondoITF #MITFSPU #SukanKomuniti #ZonUtara #FightWithSpirit
Bukit Mertajam, 8 April 2026 - Ayuh meriahkan kejohanan Liga Sukan komuniti yang menghimpunkan bakat-bakat sukan tempatan! 💪
📅 9 Mei 2026 (Sabtu)
📍 IKTBN Bukit Mertajam
🏆 Acara Dipertandingkan:
🏐 Bola Tampar (Lelaki)
⚽ Futsal (Lelaki)
🏐 Bola Jaring (Wanita)
💰 Hadiah Utama Setiap Acara:
🥇 Johan – RM500
🥈 Naib Johan – RM300
🥉 Ketiga Bersama – RM200
📌 Terbuka kepada seluruh warga Pulau Pinang
💵 Yuran Komitmen: RM50 sahaja
📲 Tempat adalah terhad!
Scan QR pada poster untuk membuat penyertaan sekarang.
Jom meriahkan sukan komuniti dan tunjukkan semangat kesukanan kita! 🔥
#LigaSukanKomuniti
#SeberangPeraiTengah
#SukanUntukSemua
#MalaysiaMADANI
Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42