Aksi Pertandingan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026

Gelugor, 4 Julai 2026 – Acara Futsal sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan kompetitif di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Gelugor. (Waze)

Kejohanan ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik yang mewakili setiap daerah di Pulau Pinang bagi merebut kejuaraan di peringkat negeri. Sepanjang pertandingan berlangsung, para pemain mempamerkan aksi pantas, kemahiran individu yang tinggi serta semangat juang yang luar biasa dalam setiap perlawanan.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam sukan futsal, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta serta memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, pegawai teknikal, pengadil, urus setia, sukarelawan serta para penyokong yang telah bersama-sama menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

Semoga program seumpama ini akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan komuniti dan melahirkan lebih ramai atlet yang berpotensi untuk mengharumkan nama negeri dan negara pada masa

#lskpenang2026 #jbspp #kbsmalaysia #futsal #KBSMalaysia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search