Bukit Mertajam, 9 Mei 2026 - Berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam Persaingan sengit, kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan jelas dipamerkan sepanjang acara Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Seberang Perai Tengah 2026 berlangsung.
Terima kasih kepada semua pasukan yang telah memeriahkan kejohanan dengan aksi yang menarik dan penuh semangat 💪👏
Gelugor, 9 Mei 2026 (Sabtu) - Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban Pulau Pinang. Telah berlangsung Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Timur Laut 2026 dengan kerjasama Kelab Bola Jaring Mutiara dan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tanjung. Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Tampar, Bola Jaring dan Futsal. Permainan berjalan dengan baik melalui semangat kesukanan yang tinggi dikalangan para peserta.
Pemenang Johan dan Naib Johan bagi setiap acara yang dipertandingkan akan mewakili Daerah Timur Laut ke Kejohanan LSK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 yang dijangka akan dijalankan pada awal bulan Julai 2026.
Tahniah buat para pemenang dan semua Pasukan, Pengadil, Teknikal, Sukarelawan dan Petugas Keselamatan, petugas kecemasan serta individu yang menjayakan LSK Timur Laut 2026.
Futsal Johan - Pasukan GCB X KBTTS Naib Johan - Pasukan SPRM Penang Ketiga Bersama - Pasukan I4P FC & Vista Lavista
Bola Jaring - Johan - Pasukan Chempaka Naib Johan - Pasukan The Last Minute Ketiga bersama- Pasukan Thunder Net & Pasukan Eagle A
Bola Tampar Johan - Pasukan Aby Iconic Naib Johan - Pasukan ItikAye FC Ketiga Bersama - Pasukan Control +V & Pasukan XBLT
KEPALA BATAS, 9 Mei 2026 - Saingan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah SPU 2026 bagi sukan Futsal yang diadakan di Gelanggang Futsal Wisma UMNO Kepala Batas telah melabuhkan tirainya. Semua pasukan yang bertanding telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi untuk memastikan pasukan masing-masing meraih gelaran juara.
Sesi Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU.
Tahniah kepada semua pasukan yang telah bertanding 💪🏻
Senarai Pemenang: 🥇MBD SPU B 🥈MBD SPU A 🥉SHAOLIN SOCCER 🥉CASTELLO FT
Sungai Dua, 9 Mei 2026 - Saingan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah SPU 2026 bagi sukan Bola Jaring telah melabuhkan tirainya. Semua pasukan yang bertanding telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi untuk memastikan pasukan masing-masing meraih gelaran juara.
Sesi Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU bersama Dr. Mohd Azmeer bin Abu Bakar, Pengerusi Kelab Bola Jaring Ultra, Daerah SPU.
Tahniah kepada semua pasukan yang telah bertanding 💪🏻
Nibong Tebal, 6 Mei 2026 - Satu Sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Emas telah diadakan di USM Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Taklimat yang diadakan adalah melibatkan pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Murni yang telah ditempatkan di USM Transkrian.
Seramai 47 orang pelajar terlibat dalam sesi taklimat tersebut bersama pemimpin, Pn. Sharifah binti Che Hassan. Taklimat diadakan bagi menerangkan proses untuk mendapatkan Tahap Emas ARPRM.
Taklimat disampaikan oleh Pn. Siti Safura binti Noorsah, Pegawai Unit Rakan Muda, PBSD Seberang Perai Utara. Turut hadir, En. Mohd Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU dan Pn. Nurul Syahira Saad, Pegawai Unit Rakan Muda, PBSD Seberang Perai Selatan yang turut menyampaikan sesi perkongsian berkaitan peserta Tahap Emas ARPRM dari Daerah Seberang Perai Selatan.
06 Mei 2026 (Batu Uban) - Selesai sudah Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Timur Laut bersama agensi yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Ebenezer A/L Victor Nimbalker, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Timur Laut.
Mesyuarat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, mencerminkan komitmen bersepadu dalam memperkasa agenda pembangunan belia serta menyelaras gerak kerja untuk lebih tersusun bagi sambutan tersebut.
Mesyuarat penyelarasan ini juga dihadiri oleh Presiden MBD Timur Laut, pegawai dari SMK Air Itam, AADK Timur Laut, NADI Air Itam, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut.
Kepala Batas, 4 Mei 2026 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak Belia @ HBN Peringkat Daerah SPU 2026 telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kepala Batas. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Rohani binti Mat Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia, mewakili Pengarah ADTEC JTM Kampus Kepala Batas.
Mesyuarat membincangkan berkaitan penyelarasan akhir bagi pelaksanaan program yang akan diadakan pada 15 Mei 2026 di ADTEC JTM Kampus Kepala Batas. Pengisian aktiviti adalah merangkumi 3 segmen iaitu Segmen Malaysia Aktif, Segmen Penciptaan dan Peluang Pekerjaan dan Segmen Kepimpinan dan Kesukarelawanan.
Mesyuarat dihadiri oleh En. Mohd. Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU, En. Muhammad Syatir bin Zulkefflie, YDP Majlis Belia Daerah SPU, para pegawai ADTEC JTM Kampus Kepala Batas, dan barisan jawatankuasa MBD SPU. Ahli mesyuarat melawat lokasi aktiviti seusai mesyuarat.
Kepala Batas, 4 Mei 2026 - Pada 30 April 2026, Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU telah turun padang bagi lawatan lokasi Program Semarak Belia @HBN Peringkat Daerah SPU 2026. Lawatan lokasi dikendalikan oleh Ustaz Hasmizan dari pihak tuan rumah, ADTEC JTM Kampus Kepala Batas, Pulau Pinang.
Lawatan lokasi bertujuan menetapkan tempat aktiviti bagi program yang akan diadakan pada 15 Mei 2026.
Pinang Tunggal, 4 Mei 2026 - Pada 30 April 2026, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara telah menghadiri mesyuarat ini bagi memantau status semasa kerja- kerja naik taraf Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal yang dijangka siap sepenuhnya pada 14 Februari 2027.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Jurutera Bangunan, JKR SPU yang dihadiri pegawai- pegawai kanan JKR serta Pihak Kontraktor.