- JBS Penang
- Hits: 36
Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Kategori Sekolah Sempena Hari Belia Negara 2026 Pulau Pinang
- JBS Penang
- Hits: 36
Permatang Pauh, 13 Jun 2026 - Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Kategori Sekolah Sempena Hari Belia Negara 2026 Pulau Pinang. Suasana penuh semangat dan kompetitif mewarnai Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Kategori Sekolah yang berlangsung sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Penyertaan yang memberangsangkan daripada pelajar-pelajar sekolah seluruh negeri membuktikan bahawa sukan elektronik (e-sukan) terus mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Para peserta mempamerkan kemahiran, strategi serta semangat kerja berpasukan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Selain menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam arena e-sukan, pertandingan ini turut menggalakkan pembangunan sahsiah, komunikasi dan kerjasama dalam kalangan belia melalui persaingan yang sihat.
Tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dan kepada para pemenang yang berjaya mengharumkan nama sekolah masing-masing. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2026.
#HariBeliaNegara2026 #HBN2026 #MLBB #Esukan #BeliaPulauPinang JBSPulauPinang MalaysiaMADANI BeliaMasaDepanNegara
See translation
