Kepala Batas, 23 April 2026, KEPALA BATAS - Satu sesi Lawatan Tapak Pusat Latihan Memanah telah diadakan di Kepala Batas Youth Center (KBYC) oleh pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Turut hadir sama pada Sesi Lawatan Tapak tersebut adalah pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, pihak kontraktor, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU dan pihak Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang.
Batu Kawan, 24 April 2026 – Pada 23 April 2026, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang turun padang bagi persediaan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Semua tengah disusun rapi.
dan yang pasti — banyak aktiviti best tengah on the way!
Hampa standby…
stay tuned & jangan lupa mai ramai-ramai nanti!
Sejajar dengan tema “Menggerak Belia”, penganjuran kali ini dijangka menjadi platform terbaik untuk inilah masa untuk anak muda bangkit, bergerak dan tonjolkan potensi diri.
Bukit Mertajam, 23 April – Satu Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Tahun 2026 telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Mazlina Binti Maming, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Syakir Bin Saffaruddin selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bukit Mertajam, Puan Azede Nor Sura Azimah binti Abdul Rahman selaku Urusetia dan Teknikal Sukan Bola Jaring, Encik Mohd Shamer Bin Mushaker selaku Urusetia dan Teknikal Sukan Bola Tampar, Encik Abdul Ghaffar Bin Pk Hoosen selaku Presiden Kelab Futsal Jalan Mengkuang serta Puan Sa’adiah Binti Md Salleh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk penyelarasan teknikal pertandingan bagi acara bola tampar, bola jaring dan futsal, pembahagian tugas urusetia serta persiapan awal menjelang kejohanan.
Pihak penganjur berharap agar melalui mesyuarat ini, segala aspek pengurusan Liga Sukan Komuniti SPT 2026 dapat diperkemas seterusnya menjamin kelancaran pelaksanaan program serta memberi impak positif kepada pembangunan sukan komuniti di daerah ini.
Kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat amat dihargai dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Gelugor, 23 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya hari ini menerima kunjungan daripada Presiden Balik Pulau Netball Club, Pn. Haniza bagi sesi perbincangan bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation dan Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhamad Fahim bin Suhaimi.
Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan teknikal penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2026. Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek penyelarasan pertandingan, pengurusan pasukan serta pelaksanaan program yang lebih tersusun dan berimpak kepada komuniti setempat.
Selain itu, pihak kelab turut mendapatkan penerangan lanjut berkaitan permohonan Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan, sebagai usaha memperkukuh penglibatan serta pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
Diharapkan kerjasama ini dapat memastikan penganjuran liga berjalan lancar serta memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam memperkasakan sukan bola jaring di daerah Barat Daya.
Gelugor, 22 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menerima kunjungan daripada Encik Coolman Khoo, Pengarah I Smart AV Sdn Bhd sebuah syarikat pengurusan acara, dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung hari ini.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation dan Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya, Encik Muhamad Fahim bin Suhaimi. Sesi ini memberi fokus kepada penerangan awal berkaitan perancangan penganjuran acara sukan berkonsepkan larian ultra, Balik Pulau Endurance 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai akan datang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya amat mengalu-alukan inisiatif penganjuran program seumpama ini yang mampu memperkasa gaya hidup sihat serta merancakkan lagi pembangunan sukan di peringkat daerah.
Gelugor, 22 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menerima kunjungan daripada Encik Coolman Khoo, Pengarah I Smart AV Sdn Bhd sebuah syarikat pengurusan acara, dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung hari ini.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation dan Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya, Encik Muhamad Fahim bin Suhaimi. Sesi ini memberi fokus kepada penerangan awal berkaitan perancangan penganjuran acara sukan berkonsepkan larian ultra, Balik Pulau Endurance 2026 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai akan datang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya amat mengalu-alukan inisiatif penganjuran program seumpama ini yang mampu memperkasa gaya hidup sihat serta merancakkan lagi pembangunan sukan di peringkat daerah.
Gelugor, 22 April 2026 - Pendaftaran Badan Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Wushu Timur diatas kejayaan pendaftaran baharu pada 14 April 2026. Semoga Sukan Wushu terus berkembang dan mendapat sambutan pada masa hadapan.
Kepala Batas, 22 April 2026 - Di atas keprihatinan terhadap kebajikan pegawai dan kakitangan, Team Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU telah mengadakan kunjungan kasih ke kediaman Tuan Haji Faizull Nizam bin Haji Mokhtar si Bagan Serai, Kedah yang telah diuji dengan masalah kesihatan sejak seminggu yang lalu.
Team Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU hadir bagi mengetahui keadaan terkini serta memberikan sokongan moral kepada Tuan Hj. Faizull Nizam. Sedikit buah tangan telah disampaikan oleh En. Mohd Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU. Turut hadir sama, Pn. Inderawati Mohamad Naser, Pn. Siti Safura binti Noorsah dan Pn. Noor Syazwani binti Yussof.
Semoga Tuan Haji Faizull Nizam diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan serta dapat kembali berkhidmat bersama Team PBSD SPU.
Tasek Gelugor, 17 April 2026 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara, En. Mohd Khairan bin Hj. Azhar berbesar hati memenuhi jemputan Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara (MBDSPU) ke Majlis Jamuan Raya MBDSPU 2026 yang telah diadakan di Dewan MPKK Pantai Robina pada jam 9.00pm.
Majlis turut dihadiri oleh Pn. Inderawati binti Mohd Naser dan Pn. Siti Safura binti Noorsah. Team Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU disambut baik oleh barisan jawatankuasa MBDSPU.
Semoga kerjasama erat dan komitmen jitu di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU dan MBDSPU berterusan walaupun berlaku perubahan pada legasi kepimpinan.