- JBS Penang
- Hits: 10
Bukan Sekadar Renang, Tetapi Membina keyakinan _ Penutup KLAS Renang Daerah Barat Daya Fasa 1/ 2026
- JBS Penang
- Hits: 10
BAYAN BARU, 19 Julai 2026 - Program KLAS Renang Peringkat Daerah Barat Daya Fasa 1 Tahun 2026 telah melabuhkan tirai dengan jayanya.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation. Turut hadir bersama ialah En. Muhamad Fahim bin Suhaimi, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya.
Pelaksanaan KLAS Renang ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam memberi pendedahan dan latihan asas kepada para peserta melalui bimbingan jurulatih yang berpengalaman.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk para jurulatih, peserta serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang program berlangsung.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #KLASRenang #MalaysiaAktif #RakanMuda #PASA #ActiveSwim #MalaysiaMadani
