Sesi Kelas Renag Diteruskan Dengan Jayanya

BAYAN BARU, 5 JULAI 2026 - Pelaksanaan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 Tahun 2026 yang kini melangkah ke sesi ketiga dan keempat!

Alhamdulillah, komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta amat membanggakan. Rekod kehadiran bagi sesi kali ini juga sangat memuaskan, dan ini pastinya hasil sokongan padu daripada ibu bapa.  

Rata-rata ibu bapa yang hadir turut meluahkan sokongan penuh terhadap program ini. Mereka melihat KLAS Renang bukan sekadar aktiviti sukan, tetapi satu platform yang sangat bermanfaat untuk menyokong perkembangan fizikal serta membentuk disiplin anak-anak.

Terima kasih kepada semua peserta dan ibu bapa atas komitmen yang luar biasa! Teruskan momentum cemerlang ini untuk sesi yang seterusnya!   

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani #KLASRenang #ActiveSwim #PASA

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search