- JBS Penang
- Hits: 22
Kelab Baharu, Semangat Baharu : GS Futsal Club Santuni PBSD Barat Daya
- JBS Penang
- Hits: 22
GELUGOR, 2 Julai 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menerima kunjungan daripada GS Futsal Club bagi mengadakan pertemuan bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation.
GS Futsal Club merupakan sebuah kelab sukan yang baru sahaja diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia beberapa bulan yang lalu.
Dalam sesi pertemuan tersebut, pihak pejabat telah menyampaikan penerangan khusus berkaitan tatacara pengurusan kelab, termasuk aspek pelaporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) sebagaimana yang ditetapkan di bawah keperluan pengurusan pertubuhan sukan.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh hala tuju strategik kelab dalam usaha merancakkan lagi aktiviti sukan khususnya futsal di daerah Barat Daya. Turut hadir sama En. Muhamad Fahim bin Suhaimi, Pegawai Unit Pembanguna Sukan Daerah Barat Daya.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya sentiasa komited untuk memberikan bimbingan serta sokongan kepada kelab-kelab sukan berdaftar bagi memastikan pengurusan organisasi berjalan dengan baik, tersusun dan berimpak kepada masyarakat.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #rakanmuda #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani
