- JBS Penang
- Hits: 15
Sesi KLAS Renang Hampir Melabuhkan Tirai
- JBS Penang
- Hits: 15
BAYAN BARU, 18 JULAI 2026 - Pelaksanaan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 Tahun 2026 yang kini melangkah ke sesi kelima !
Alhamdulillah, komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta amat membanggakan. Rekod kehadiran bagi sesi kali ini juga sangat memuaskan, dan ini pastinya hasil sokongan padu daripada ibu bapa.
Rata-rata ibu bapa yang hadir turut meluahkan sokongan penuh terhadap program ini. Mereka melihat KLAS Renang bukan sekadar aktiviti sukan, tetapi satu platform yang sangat bermanfaat untuk menyokong perkembangan fizikal serta membentuk disiplin anak-anak.
Terima kasih kepada semua peserta dan ibu bapa atas komitmen yang luar biasa! Teruskan momentum cemerlang ini untuk sesi yang seterusnya!
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #KLASRenang #MalaysiaAktif #RakanMuda #PASA #ActiveSwim #MalaysiaMadani
