- JBS Penang
- Hits: 14
Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya Bilangan 4 bagi tahun 2026.
GELUGOR, 27 April 2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya Bilangan 4 bagi tahun 2026.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, Encik Muhammad Daniel bin Haris Nasation dan dihadiri oleh barisan kakitangan pejabat. Antara agenda utama yang dibincangkan adalah perancangan program-program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, di samping memperkemas aspek pentadbiran pejabat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan.
Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif ini diharapkan dapat memperkukuh gerak kerja pasukan serta memastikan setiap program yang dirancang dapat memberi impak positif kepada komuniti setempat.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #rakanmuda #menggerakbelia #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
- JBS Penang
- Hits: 14
