- JBS Penang
- Hits: 15
kunjungan hormat daripada En. Paul Chong, wakil Persatuan Karate Daerah Barat Daya.
- JBS Penang
- Hits: 15
GELUGOR, 16 Mac 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada En. Paul Chong, wakil Persatuan Karate Daerah Barat Daya.
Kunjungan ini adalah bagi mendapatkan sesi khidmat nasihat mengenai perancangan penganjuran kursus latihan karate yang bakal dianjurkan oleh pihak kelab tidak lama lagi. Sesi ini turut memberi tumpuan kepada tatacara permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan.
Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya bersama En. Muhamad Fahim bin Suhaimi, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya.
Pihak PBSD Barat Daya sentiasa menyokong usaha kelab sukan tempatan dalam merancakkan lagi aktiviti sukan di peringkat akar umbi. Semoga perancangan program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan !
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani #karate
