- JBS Penang
- Hits: 15
Langkah Pertama Komuniti KickkBoxing Ke Arah Kelab Berdafftar
- JBS Penang
- Hits: 15
GELUGOR, 26 Mac 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya petang ini telah menerima kunjungan daripada komuniti sukan kickboxing yang diwakili oleh En. Iylia bersama isterinya, Pn. Fatiha.
Kunjungan ini bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan tatacara pendaftaran kelab sukan bagi memperkasa penglibatan komuniti dalam aktiviti sukan secara lebih tersusun dan berdaftar.
Dalam sesi tersebut, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya; En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation telah memberikan penerangan secara terperinci mengenai prosedur, syarat-syarat serta keperluan yang perlu dipenuhi bagi tujuan pendaftaran kelab sukan. Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhamad Fahim bin Suhaimi.
Semoga usaha ini menjadi langkah awal ke arah pembangunan komuniti sukan yang lebih aktif dan berdaya saing di daerah Barat Daya.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaAktif #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMadani
