Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana sempena Program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Daerah Barat Daya Tahun 2026 / 1447

BALIK PULAU, 17 Mac 2026 - Telah berlangsung pelaksanaan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana sempena Program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Daerah Barat Daya Tahun 2026 / 1447 yang berlangsung dengan penuh penghayatan dan keberkatan.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara SMK Pondok Upeh, Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya serta Kelab Belia Sejahtera Balik Pulau. Sepanjang tempoh tiga minggu pelaksanaan, seramai 100 orang pelajar telah terlibat dalam aktiviti tadarus Al-Quran secara berkumpulan sebagai usaha menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan belia.

Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Mohd Siroj bin Abdul Lathiff, Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya, manakala ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Rosli bin Halim, Pegawai Daerah Barat Daya.

Turut hadir, Tuan Fadzil bin Sadikin, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid mewakili Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang; En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dan ketua-ketua agensi daerah Barat Daya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan memberi komitmen padu dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus diperkasakan dalam membentuk sahsiah belia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #rakanmuda #RakanMudaRamadan #RakanMasjid #yakinboleh #MalaysiaMadani #tadarus #balikpulau

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search