GELUGOR, 30 Januari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya menerima kunjungan hormat daripada Kelab Berbasikal Balik Pulau baru-baru ini. Turut hadir bagi menyambut delegasi kelab ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation.
Sesi perbincangan berlangsung dengan meriah dan pihak pejabat mengalu-alukan perancangan kelab ke arah pembangunan bakat muda dalam sukan berbasikal di daerah ini. Turut hadir bersama ialah En. Saiful Adli bin Sudin, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya.
PBSD Barat Daya sentiasa komited untuk menyokong pembangunan sukan di peringkat komuniti dan mengalu-alukan kerjasama strategik bersama kelab sukan tempatan bagi memperkukuh ekosistem sukan di daerah ini.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaAktif #RakanMuda #MalaysiaMadani #RancakkanMADANI
- JBS Penang
- Hits: 17
