- JBS Penang
- Hits: 13
Sesi Lawatan Tapak ke Pantai Golden Sands, Tanjung Bungah sempena Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana).
- JBS Penang
- Hits: 13
Tanjung Bungah, 20 Mei 2026 - Sesi Lawatan Tapak ke Pantai Golden Sands, Tanjung Bungah sempena Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana).
Lawatan ini disertai oleh pihak PBSD Timur Laut iaitu Encik Ebenezer A/L Victor Nimbalker, Encik Mohd Ibrahim Bin Mohamad Yussop dan Puan Norhaslinda Binti Mohammad Najib bersama Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tanjung iaitu Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjong, Muhammad Azwan Solehin Bin Md Azizan dan Encik Md Fauzi Bin Md Latip bagi meninjau kawasan pantai serta perancangan pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan dan komuniti seperti taklimat teknik asas bantuan kecemasan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pulau Pinang iaitu Sarjan Mohd Effizal bin Abdul Malik, Pbt Mohd Azhar bin Mat Isa, Pbt Sazali bin Ibrahim atas kerjasama dan perkongsian maklumat yang sangat bermanfaat. Semoga lawatan ini dapat membantu memperkukuhkan perancangan program serta meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan semua pihak.
