- JBS Penang
- Hits: 17
Sesi Lawatan Tapak ke St. Nicholas' Home, Penang sempena Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana)
- JBS Penang
- Hits: 17
George Town, 18 Mei 2026 - Sesi Lawatan Tapak ke St. Nicholas' Home, Penang sempena Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana)
Telah berlangsung Sesi Lawatan Tapak ke St. Nicholas' Home, Penang sempena Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana) bagi meninjau keperluan serta membincangkan pelaksanaan program bersama komuniti OKU penglihatan.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Puan Norhaslinda daripada PBSD Timur Laut bersama Md Fauzi Bin Md Latip mewakili Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tanjung. Sepanjang lawatan berlangsung, Mr. Tang telah memberi penerangan dan lawatan oleh mengenai operasi, kemudahan serta aktiviti yang dijalankan di St. Nicholas' Home dalam membantu komuniti OKU penglihatan.
Terima kasih kepada pihak St. Nicholas' Home khususnya Mr. Tang atas layanan mesra serta perkongsian yang sangat bermanfaat sepanjang sesi lawatan tapak ini berlangsung. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan memperkukuhkan semangat kesukarelawanan.
