Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah

Bukit Mertajam, 13 Mei 2026 | SMK Penanti - Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2026 bertempat di SMK Penanti, dijayakan bersama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah , melibatkan penyertaan aktif golongan belia, pelajar serta pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Zaidi bin Haji Mohd Said, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen pelbagai pihak dalam menjayakan program pembangunan belia di daerah ini.

Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung antaranya pameran agensi kerajaan, pameran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertandingan kuiz, serta taklimat berinformasi yang memberi pendedahan dan manfaat kepada para peserta.

Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan semangat kesukarelawanan, memperkukuh jati diri belia serta membuka ruang interaksi yang lebih dekat antara belia dan agensi berkaitan.

Terima kasih kepada semua agensi, peserta dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026.

#SemarakBelia2026
#HariBeliaNegara2026
#SBHBN2026
#BeliaMadani
#JBSN
#MBDSPT
#mengerakbelia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-06-2026, 15:54:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search