- JBS Penang
- Hits: 23
Kunjungan Hormat Wakil Kelab Xiang Qi Balik Pulau
- JBS Penang
- Hits: 23
GELUGOR, 7 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya hari ini menerima kunjungan daripada wakil Kelab Xiang Qi Balik Pulau, En. Tan Lit Voon.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan kelab yang baharu saja diluluskan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 4 April 2026 serta membincangkan peluang kerjasama program pembangunan sukan, khususnya sukan catur Xiang Qi di peringkat komuniti.
Dalam pertemuan ini, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation turut berkongsi panduan berkaitan pelaksanaan aktiviti serta peluang permohonan dana bantuan yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir sama En. Muhamad Fahim bin Suhaimi, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya mengalu-alukan penubuhan kelab baharu seperti ini dan berharap Kelab Xiang Qi Balik Pulau dapat terus aktif dalam merancakkan aktiviti sukan melibatkan komuniti setempat.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani #XiangQi
