kunjungan daripada Presiden dan Bendahari Kelab Olahraga Utara Runnaz

GELUGOR, 1 Julai 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menerima kunjungan daripada Presiden dan Bendahari Kelab Olahraga Utara Runnaz iaitu En. Jaafar dan En Rahman bagi sesi khidmat nasihat berkaitan pengurusan kelab.

Sesi ini turut memberi fokus kepada penerangan berkenaan tatacara penghantaran Maklumat Yang Kena Beri (MYKB), sebagai salah satu keperluan penting dalam memastikan pengurusan kelab dilaksanakan secara teratur, berstruktur dan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.

Penerangan dan khidmat nasihat telah disampaikan oleh En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya merangkumi aspek tadbir urus kelab, pelaporan, perancangan aktiviti serta potensi kerjasama dalam merancakkan lagi aktiviti sukan larian di peringkat daerah.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya merakamkan penghargaan atas komitmen Kelab Olahraga Utara Runnaz dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan olahraga dan larian komuniti.

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search