- JBS Penang
- Hits: 22
Kerjasama Strategik Program Rakan Prihatin Bersama Pejabat Parlimen Bayan Baru
- JBS Penang
- Hits: 22
BAYAN BARU, 1 Julai 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Parlimen Bayan Baru bagi membincangkan kerjasama pelaksanaan Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Barat Daya Tahun 2026.
Perbincangan ini melibatkan pegawai daripada Pejabat Parlimen Bayan Baru, iaitu Cikgu Chan Soon Aun dan En. Aidil Ibrahim. Turut hadir memulakan sesi perbincangan ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation serta Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda dan Sukan Daerah Barat Daya iaitu Pn Nur Amalina binti Zainon dan En. Muhamad Fahim bin Suhaimi.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara agensi dalam usaha menggerakkan sukarelawan Rakan Muda secara lebih tersusun, berkesan dan berimpak tinggi kepada komuniti setempat.
Semoga kerjasama ini dapat menyumbang kepada pelaksanaan program pembangunan belia dan kesukarelawanan yang lebih mampan di peringkat daerah.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #RakanMuda #MenggerakBelia #SATRIA #MalaysiaMadani
