Pameran Agensi Kerajaan dan Sektor Swasta Serta Gerai Jualan Sempena Hari Belia Negara 2026 Pulau Pinang

Permatang Pauh, 13 Jun 2026 - Pameran agensi kerajaan dan sektor swasta yang berlangsung sempena Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang berjaya menarik perhatian pengunjung yang hadir dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta mengambil peluang untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan, program pembangunan belia, peluang pendidikan, kerjaya, keusahawanan serta inisiatif yang dapat dimanfaatkan oleh golongan belia dan masyarakat setempat.

Pameran ini turut menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan antara agensi, pihak swasta dan komuniti melalui perkongsian maklumat serta penyampaian perkhidmatan secara terus kepada pengunjung.

Sambutan yang diterima membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam menyokong agenda pembangunan belia serta usaha memperkasakan masyarakat melalui penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang lebih dekat dengan rakyat.

#HariBeliaNegara2026 #HBN2026 #PameranAgensi #BeliaPulauPinang #JBSPulauPinang MalaysiaMADANI MembangunBeliaMadani

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search