Aksi Kejohanan Bola Tampar Lig aSukan Kominiti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026

Tanjung Bungah, 4 Julai 2026 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 bagi acara Bola Tampar telah berlangsung dengan penuh aksi dan semangat kesukanan di Gelanggang Serbaguna, Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Tanjung Bungah.

Kejohanan ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh daerah di Pulau Pinang yang berentap bagi merebut gelaran juara negeri. Setiap perlawanan menyaksikan persaingan sengit, semangat juang yang tinggi serta aksi bertenaga yang menghiburkan para penyokong.

Keputusan rasmi kejohanan adalah seperti berikut:

  Johan: USM Falcon
  Naib Johan: Itikaye VC
  Ketiga Bersama: Penang Kor Koi & Black Pearl

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya meraih kemenangan serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, pegawai teknikal, pengadil, urus setia dan penyokong yang telah bersama-sama menjayakan penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform dalam melahirkan lebih ramai atlet berbakat, menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan kesukanan dalam kalangan komuniti.

#lskpenang26 #jbsnpenang #kbsmalaysia #bolatampar

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search