- JBS Penang
- Hits: 21
Aksi Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026
- JBS Penang
- Hits: 21
Tanjung Bungah, 4 Julai 2026 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 bagi acara Bola Jaring telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan di Gelanggang Serbaguna, Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Tanjung Bungah.
Kejohanan ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik yang mewakili setiap daerah di Pulau Pinang bagi merebut gelaran juara negeri. Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan aksi yang bertenaga, disiplin tinggi serta semangat berpasukan yang membanggakan.
Keputusan rasmi kejohanan adalah seperti berikut:
Johan: Freedom.Com
Naib Johan: Garuda Gasto B
Ketiga Bersama: Mbd Spt C & MI (Cempaka)
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya meraih kemenangan serta penghargaan kepada semua peserta, pegawai teknikal, pengadil, urus setia dan penyokong yang telah bersama-sama menjayakan penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.
Semoga kejohanan ini terus menjadi platform dalam mencungkil bakat baharu, menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam sukan serta memperkukuh semangat perpaduan melalui aktiviti kesukanan.
#lskpenang2026 #jbsnpp #kbsmalaysia #netball
