- JBS Penang
- Hits: 19
Program Keusahawanan Belia Bestari (B-Best) Peringkat Neegeri Pulau Pinang - Kursus Asas Pendawaian Elektrik Siri 1
- JBS Penang
- Hits: 19
Nibong Tebal, 18 Julai 2026 - Hari pertama tirai Program B-Best Siri 1 dibuka secara rasmi! Program intensif selama tiga hari ini (18–20 Julai 2026) sedang berlangsung di Kolej Teknologi Termaju (ADTECH JTM) Kampus Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Kali ini, seramai 15 orang peserta dalam kalangan belia tahfiz dan belia luar bandar sedang berkampung demi menimba ilmu dalam Kursus Asas Pendawaian Elektrik.
Antara pengisian mantap dan modul menarik sepanjang program ini:
Teknik Asas Pendawaian Distribution Board (DB): Fokus untuk premis dan kediaman; dan Bimbingan Eksklusif & Praktikal: Dibimbing terus oleh tenaga pengajar berpengalaman dan pakar daripada pensyarah ADTECH sendiri!.
Semoga program ini menjadi batu loncatan untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia berkemahiran tinggi yang mampu berdikari dalam bidang teknikal.
Ayuh belia, inilah masanya untuk kita bangkit! Ingat, kemahiran di tangan adalah aset masa depan yang tiada galang gantinya. Teruskan fokus, serap ilmu sebanyak mungkin, dan buktikan belia mampu jadi pelopor industri luar biasa. Anda semua adalah luar biasa!
#BeliaMadani #TeamJBSN #JBSNKomited #BBest2026
