- JBS Penang
- Hits: 19
Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) 2026 (Siri 2) Peringkat Negeri Pulau Pinang Kursus Asas Pendawaian Elektrik di bawah inisiatif
- JBS Penang
- Hits: 19
Nibong Tebal, 27 Julai 2026 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada 15 orang peserta yang telah berjaya menamatkan latihan Kursus Asas Pendawaian Elektrik di bawah inisiatif Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) 2026 (Siri 2) peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah berlangsung dengan jayanya pada 25 hingga 27 Julai 2026!
Program padat selama tiga (3) hari ini merupakan anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pulau Pinang, ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, dan PERKESO Pulau Pinang. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada JBS Negeri Pulau Pinang atas tajaan dana penuh bagi merealisasikan inisiatif pemerkasaan belia ini.
Istimewanya untuk Siri 2 kali ini, program telah disertai oleh barisan peserta yang majoritinya terdiri daripada pelapis tahfiz dan juga iaitu dari Madrasah Tahfiz Al Falah, Kepala Batas dan Maahad As-Syakhsiah Tahfiz Sains (SMA MATSA)
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan modul latihan yang sangat komprehensif:
Hari 1 & 2: Peserta didedahkan dengan penguasaan kemahiran teori dan latihan amali (hands-on) kerja-kerja asas pendawaian elektrik secara selamat dan mengikut standard.
Slot Kajian Pasaran: Peserta dibimbing untuk mengaplikasikan ilmu pendawaian sebagai platform bergelar usahawan teknikal, di samping penerangan mengenai laluan kerjaya menjadi pendawai elektrik bertauliah dan kompeten di bawah pengiktirafan Suruhanjaya Tenaga (ST).
Hari 3 (Bersama PERKESO): Pada hari terakhir, peserta dibantu secara langsung oleh pihak PERKESO melalui sesi penyediaan resume berkesan dan proses padanan kerjaya menggunakan platform MyFutureJobs.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, Puan Faezatul Azma binti Yusof. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Encik Mohd Nadzri Bin Mohd Khairuddin, Timbalan Pengarah (Belia) memangku Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Semoga kemahiran dan ilmu keusahawanan yang diperoleh mampu menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih cemerlang buat semua peserta. Terus maju jaya!
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”
.
.
#jbspenang
#belia.my
#NTW2026
#HRDCorpTrainingProvider
#cessadtecjtmnt
#adtecjtmnibongtebal
#jtm
#jabatantenagamanusia
#kesuma
#ksm
#kementeriansumbermanusia
#JBSPenang
#PERKESO
#MyFutureJobs
#BeliaTahfiz
#KeusahawananBelia
#BBEST2026
#TVETMalaysia
#TVETPilihanUtama
#KemahiranMasaHadapan
#SkillsMalaysia
#MalaysiaMadani
