Sekitar Tayangan Skrin Besar Separuh Akhir Ke 2 Piala Dunia 2026

Gelugor, 16 Julai 2026 - Sekitar suasana yang cukup meriah dan penuh debaran semasa Program Tayangan Skrin Besar Separa Akhir Ke-2 Piala Dunia 2026 melibatkan pertembungan England   menentang Argentina   yang berlangsung pada awal pagi semalam di Tapak Parkir LHDN Bandar Perda.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang ini berjaya menghimpunkan peminat bola sepak dari pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyaksikan aksi penuh dramatik dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat kesukanan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan program ini. Semoga inisiatif sebegini terus menjadi platform mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan melalui sukan.

Belia Aktif, Malaysia MADANI.   

#JBSNPP #KBSMalaysia #RakanMuda #RakanMudaRakanAktif #MalaysiaMADANI PialaDunia2026 WorldCup2026 England Argentina PulauPinang SukanMenyatukanKita

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search