AYER KEROH, Melaka 23 Oktober 2020 – Bertempat di bilik Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin telah diadakan perjumpaan setiap unit di Bahagian Pembangunan Belia JBSNM. Objektif perjumpaan ini dibuat adalah sebagai penyelarasan dan perbicangan berkaitan penyediaan jawapan bagi Pertanyaan Bertulis / Lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Soalan yang diajukan adalah berhubungan isu-isu melibatkan belia negeri Melaka. Antara soalan yang diutarakan adalah penilian terhadap keberkesanan pelaksanaan sesuatu program, penyaluran peruntukan, kesukarelawanan, kesihatan, sukan elektronik, pengangguran dan pelbagai isu belia yang terjejas dengan pandemik COVID-19 pada masa kini. Penolong Pengarah bahagian Pembangunan Sukan JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Bin Mohd Salleh turut hadir di dalam perjumpaan ini.
Disediakan oleh Cik Jalma Binti Annas.
- JBS Melaka
- Hits: 503
