LENDU, Melaka 20 Julai 2020 - Taklimat dan lawatan tapak bagi sebut harga kerja kerja penggantian sebahagian bumbung dewan Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Kerja kerja penggantian ini dijangka siap dalam tempoh 3 minggu.
SERKAM, 14 Julai 2020 - Proses pembangunan belia dan sukan memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak hanya tertumpu di bahu Kementerian Belia dan Sukan semata-mata selaku tonggak utama yang merencanakan misi, visi dan dasar serta masa depan belia dan sukan di masa hadapan dan ia dibuktikan melalui sesi pertemuan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin bersama pemimpin tempatan pada petang ini.
Perjumpaan di antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali bersama ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan telah membincangkan beberapa isu serta fokus penting berkaitan program pembangunan fizikal kemudahan sukan dan program-program pembangunan ekonomi serta kepimpinan belia di kawasan ini.
Dalam pertemuan tersebut Datuk Zaidi yang terkenal sebagai 'penyokong kuat' persatuan belia setempat telah mendengar taklimat serta penerangan ringkas daripada Nurul Haida tentang perancangan di peringkat kementerian dan di peringkat pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin ke atas DUN Serkam khususnya dan Datuk Zaidi seterusnya melontarkan pendapat, cadangan dan pandangan beliau untuk sama-sama menambah baik pembangunan belia dan sukan di situ.
Krubong, Sabtu 18 Julai 2020 - Aktiviti sukan taekwando yang dijalankan selaras dengan Pematuhan SOP yang telah ditetapkan. Seramai 40 orang pengguna melakukan aktiviti latihan taekwando di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Krubong yang terdiri daripada pelajar sekolah di Sekitar Krubong.
Krubong, Ahad 19 Julai 2020 - Kerja-kerja disinfeksi telah dijalankan di Kompleks Sukan Komuniti Krubong Melaka sebagai langkah-langkah pencegahan penularan wabak Coved-19. Kemudahan Sukan telah mula beroperasi selaras dengan S.O.P yang diarahkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan.
AYER KEROH, 17 Ogos 2020 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Melaka telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Bil.02/2020 yang telah dipengerusikan oleh Puan Norazlin Binti Sarun, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSNM. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan program-program Rakan Muda untuk dilaksanakan tidak lama lagi iaitu Khat @ Rakan Muda, Rakan Muda Aktif dan Kursus Pemimpin ARP. Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua pegawai rakan muda di negeri dan juga daerah untuk memajukan lagi Bahagian Pembangunan Rakan Muda ini dan sentiasa menaikkan nama jabatan. Semoga hasil mesyuarat ini sedikit sebanyak dapat melancarkan dan memberi impak positif dalam pembangunan rakan muda di Negeri Melaka.
Krubong, 16 Julai - Kerja - kerja penyelenggaraan dan pembaikan bumbung dewan sedang dilakukan di Kompleks Sukan Komuniti, Krubong, Melaka. Proses penyelenggaraan dan pemasangan bumbung dijangka mengambil tempoh selama 3 hari. Operasi Premis akan kembali setelah semua kerja kerja pembaikan selesai.
JASIN, 13 Julai 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin malam ini mengadakan Mesyuarat Pengurusan Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin Bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin Bil. 1/2020 sebagai touch point dalam melicinkan gerak kerja pembangunan dan pengurusan pertubuhan belia di daerah ini.
Mesyuarat pada malam ini menumpukan kepada agenda utama iaitu perbincangan serta mendapatkan cadangan usul untuk dibentang di dalam Diskusi Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Jasin sebelum diangkat ke Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri Melaka pada bulan Ogos 2020 nanti.
Turut dibincangkan adalah cadangan-cadangan program yang akan dilaksanakan oleh badan-badan gabungan apabila ancaman Covid 19 selesai serta laporan gerak kerja kebajikan dan khidmat masyarakat oleh MGBD Jasin serta badan-badan gabungannya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali manakala MGBD Jasin dihadiri oleh Pengerusinya, Zaini Muhamad bersama barisan exco daripada GB4B Kawasan Jasin, GB4B Kawasan Alor Gajah, MAYC Kawasan Jasin, KBBT Daerah Jasin, Persekutuan Pengakap Daerah Merlimau dan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Jasin.
SERKAM, 8 Julai 2020 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Jasin menerima ahli keluarga baru apabila para belia dari Taman Dato Abd Aziz, Pulai dekat sini sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Kelab Belia Taman Dato Abd Aziz di bawah pimpinan Muhammad Nashriq Musa seterusnya bergabung dengan MAYC Kawasan Jasin menjadikan kelab baru tersebut sebagai kelab yang ke-20 menyertai gabungan MAYC Kawasan Jasin.
Malam ini bertempat di Rumah UMNO Kampung Pulai dekat sini telah berlangsung Mesyuarat Penaja Kelab Belia Taman Dato
Abd Aziz dengan hampir 20 orang belia dari taman tersebut hadir mengambil bahagian dan apa yang lebih menarik lagi adalah kehadiran ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan yang memberi galakan dan sokongan padu kepada anak-anak muda tersebut.
Datuk Zaidi dalam ucapannya menyatakan bahawa adik-adik belia yang ada di hadapannya pada malam ini, jika digilap bakat kepimpinannya akan menjadi pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan negara di masa depan dan berharap kelab yang baru ditubuhkan tersebut akan memberi kesan positif kepada masyarakat setempat khususnya kepada golongan belia.
Hadir sama pada malam ini adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali; Pengerusi MAYC Jasin, Asrul Khan Sher Jang Khan; Ketua Cawangan Pulai Darat, Husin Nasir dan Ketua Wanita Pulai Darat, Noraishah Md Johan.
JASIN, 6 Julai 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin hari ini melalui proses pembaikan dan penyelenggaraan dalam usaha menambah baik tahap keselamatan kepada pengunjung dan warga kerja pejabat tersebut khasnya dengan proses yang akan memakan masa selama beberapa hari melibatkan beberapa fasa kerja.
Antara kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang dilakukan adalah menaik taraf lantai bilik mesyuarat kepada lantai berjubin, menukar siling bilik pegawai dan pantri, penyelenggaran alat-alat penghawa dingin dan menambah ketinggian papan tanda pejabat.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan dalam lawatan kerjanya ke pejabat ini pada Disember 2019 telah meninjau dan melihat kerosakan-kerosakan yang perlu diambil tindakan segera demi memastikan keselamatan serta keselesaan bekerja di kalangan pegawai dan kakitangan pejabat ini dalam keadaan yang baik.