MELAKA, 31 Oktober 2020 – Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) telah mengadakan Persidangan Dewan Tertinggi Majlis Gabungan Belia Melaka Kali Ke Dua Sesi 2018-2020 bertempat di Dewan Bendahara, Hotel Muzaffar MITC Melaka. Persidangan yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Ridhwan Moh Ali, Presiden MGBM ini melibatkan 20 pertubuhan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerja dan Ahli Dewan Tertinggi yang bergabung dibawah MGBM. Tujuan persidangan dilaksanakan adalah bagi membincangkan pelbagai isu semasa dalam pasca pandemik Covid-19 dan perancangan program-program sepanjang tahun 2020. Turut hadir di dalam sesi ini adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Tuan Noorman Bin Ramlan.
Disediakan oleh: Jalma Annas,Bahagian Pembangunan Belia JBSNM
- JBS Melaka
- Hits: 546
