MELAKA, 23 Julai 2020 – Bahagian Pembangunan Belia JBS Negeri Melaka menerusi Unit Sosial telah mengadakan Sesi Brainstorming Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka kepada para pegawai JBSNM bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNM. Objektif sesi ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan makluman kepada semua pegawai berkaitan intipati konsep pelaksanaan HBN Melaka 2020 dan percambahan idea untuk memberi input-input bernas yang boleh diterapkan didalam program ini. Perancangan sambutan HBN Melaka adalah berdasarkan enam segmen utama iaitu BeliaXNiaga, BeliaXSukan, Belia Industri Keratif, Belia Kemahiran dan Industri, Borak Borak Belia dan BeliaXDigital kearah IR40. Sambutan HBN Melaka 2020 dijangka akan dilaksanakan pada 24 hingga 26 September 2020 bertempat di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Melaka berteraskan tema Dekat Ini Dekat Anda. Tuan Pengarah JBSNM;Noorman Ramlan meminta semua pegawai memastikan kawalan dari segi pematuhan SOP diutamakan bagi semua segmen yang dirancang termasuk acara majlis perasmian HBN Melaka 2020.
Krubong, Melaka 23 Julai 2020 (Khamis) : Latihan Bola Jaring dari pasukan ISDA NC. Proses nyah kuman juga dilakasanakan sebelum dan selepas penggunaan dewan.
JASIN,Melaka 23 Julai 2020 – Dalam usaha memastikan persatuan belia di negeri Melaka sentiasa mematuhi Akta Pertubuhan Belia, Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang diwakili oleh saudara Mohd Syahmi Md. Lasa dan saudara Abdul Rasyid Rahman turun padang bertemu pengerusi Majlis Gabungan Daerah Jasin saudara Ziani Muhamad bertempat di daerah Jasin pada 22 Julai 2020. Tujuan sembang santai sesi libat urus bersama MGBD Jasin ini adalah bagi membantu isu-isu berkaitan MYD. MYKD merupakan suatu bentuk pelaporan tahunan oleh pertubuhan belia kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bertujuan untuk membolehkan tindakan pengemaskinian dibuat ke atas rekod daftar, status keaktifan, keahlian, status pemegang jawatan, status mesyuarat agung tahunan, kesesuaian perlembagaan, kedudukan kewangan dan sebagainya pada setiap tahun Kewajipan mengemukakan MYKD pada setiap tahun termaktub di bawah Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
MELAKA, 22 Julai 2020 – Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) telah mengadakan Mesyuarat Bahagian Pembangunan Belia JBSNM Bil 3/2020 bertempat di Bilik Perbincangan JBS Negeri Melaka. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat bertarikh 22 Julai 2020 ini adalah pelaksanaan program-program di peringkat Unit Pembanguan Sosial, Unit Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah dan Unit Pembangunan Ekonomi. Pengerusi mesyuarat iaitu Puan Norazalin juga menekankan agara semua pegawai mematuhi dan mengambil berat perkara-perkara berkaitan disiplin dan peraturan-peraturan ketika di pejabat samaada dari sudut pemakaian, nemtek atau pas pekerja, pakaian, kasut kerja dan sebagainya demi menjaga imej Jabatan.
MELAKA, 21 Julai 2020 – Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang diwakili oleh Mohd Syahmi Md. Lasa, Muhammad Mohsein Jamaluddin, Habli Hijazi Fauzan Ahamad Faudzi dan Jalma Annas turut memeriahkan penyertaan di dalam Program Kayuhan Santai JBSNM yang bermula di perkarangan pejabat JBS Negeri Melaka. Kayuhan sejauh 15KM dengan keadaan panas matahari itu memberikan cabaran hebat kepada semua peserta terutama pegawai Bahagian Pembangunan Belia JBSNM namun mereka berjaya menamatkan kayuhan tersebut sehingga ke garisan penamat. Warga Bahagian Pembangunan Belia JBSNM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNM dengan kerjasama Bahagian Sukan JBSNM yang berjaya menganjurkan program ini.
MELAKA, 21 Julai 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) yang diwakili oleh Mohd Syahmi Bin Md. Lasa, Syed Muhammad Zulhelmi Bin Abdullah, Muhammad Faizzudin Bin Ali, Nik Ahmad Saifullah Bin Ahmad Husni dan Ismail Bin Harun turut memeriahkan penyertaan di dalam Program Kayuh Santai SGodang 2020 pada 18 Julai 2020 yang bermula di perkarangan Masjid Al Ghafar Sungai Udang, Melaka. Kayuhan yang melibatkan penyertaan seramai 50 orang anjuran Majlis Gabungan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Sungai Udang Jaya dan GB4B Kawasan ini bertujuan mengeratkan tali silaturrahim dikalangan ahli pertubuhan belia bersama masyarakat setempat. Turut hadir pegawai Pembangunan Sosial II JBSNM; Abdul Rasyid Bin Rahman yang bertugas sebagai marshall menaiki motorsikal bagi membantu pasukan sweeper yang dilantik oleh penganjur. Jabatan ini mengucapakan tahniah kepada penganjur kerana berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya.
MELAKA, 21 Julai 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan ucapan tahniah kepada pengurusan tertinggi Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) yang berjaya melaksanakan Mesyuarat EXCO Majlis Gabungan Belia Melaka Tahun 2020 pada 15 Julai 2020 yang lalu bertempat di BIlik Mesyuarat MGBM. Antara tujuan mesyuarat diadakan adalah membincangkan pelaksanaan program-program berkaitan pembangunan belia di peringkat negeri Pasca COVID19. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden MGBM; saudara Mohd Ridwan Bin Mohd Ali ini juga turut membincangkan pelaksanaan program seperti Majlis Perundingan Belia di peringkat daerah dan negeri serta penganjuran Hari Belia Peringkat Negeri Melaka. Turut hadir di dalam sesi ini adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, tuan Noorman Ramlan.
MELAKA, 20 Julai 2020 – Tiga peserta daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah terpilih untuk menyertai Kursus Kesedaran Keselamatan Maklumat (ICT) Siri 2/2020 bertempat di Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia, Bandar Enstek Negeri Sembilan pada 15 hingga 16 Julai 2020 yang lalu. Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran yang diperlukan di dalam aspek keselamatan ICT serta memperbaiki sistem pengurusan keselamatan maklumat di semua agensi. Kursus selama 2 hari ini melibatkan penceramah dari pelbagai sektor iaitu Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Pejabat SUK Negeri Sembilan, Jabatan Perlindungan Data Peribadi CGSO dan MCMC. Peserta Jabatan ini terdiri daripada saudara Syed Muhammad Zulhelmi Bin Abdullah, Muhammad Faizzudin Bin Ali dan Cik Jalma Binti Annas. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka mengucapkan tahniah kepada pejabat CGSO Negeri Sembilan yang berjaya telah melaksanakan kursus ini dengan jayanya.