- JBS Melaka
- Hits: 666
MESYUARAT PEMANTAUAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN LUAR DAN DALAM BANGUNAN SERTA LANSKAP DI KOMPLEKS RAKAN MUDA ALOR GAJAH
LENDU, 2 November – Pegawai Belia Dan Sukan Alor Gajah, Encik Sodikin Bin Ali telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Perkhidmatan Pembersihan Luar Dan Dalam Bangunan Serta Lanskap Di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah pagi tadi di Bilik Mesyuarat, Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Mesyuarat yang dihadiri seramai 8 orang pekerja pembersihan ini turut disertai oleh Encik Abd Rahman Mohamed Amin, Pengurus Syarikat ABR Enterprise. Antara perkara yang dibincangkan ialah pematuhan skop kerja yang ditetapkan dan juga permasalahan yang dihadapi oleh pekerja pembersihan sepanjang menjalankan kerja-kerja pembersihan di sini. Mesyuarat ini merupakan rutin tahunan yang dilaksanakan dalam memastikan kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan baik dan teratur disamping mengeratkan hubungan antara pekerja dan Pentadbiran Pejabat.
- JBS Melaka
- Hits: 666
