MASJID TANAH, 6 Jan – Satu perbincangan telah diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah berkaitan Program Aku Boss, iaitu sebuah program yang memberikan input semasa keusahawanan khusus kepada golongan belia setempat. Antara lain program ini memberi pendedahan berkaitan perniagaan semasa yang semakin mengalami evolusinya apabila dewasa kini banyak melibatkan transaksi secara digital. Atas faktor inilah maka IR Brilliant Consultancy & Training dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah dan Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah sedang merencana sebuah program keusahawanan yang relevan khusus untuk belia ketika ini. Hadir dalam perbincangan ini ialah Sodikin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah, Mohd Ikhsan, wakil Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah, Mohd Zaidi Tahir, Pengerus Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dan Irham Raziqin Ramlan, Pengarah Eksekutif IR Brilliant Consultancy & Training.
- JBS Melaka
- Hits: 556
