- JBS Melaka
- Hits: 1128
MESYUARAT POST EXCO NGO, PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA BIL 6 TAHUN 2020
ALOR GAJAH, 3 Disember 2020 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Dol Said, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Melaka telah diadakan Mesyuarat Post EXCO NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bil 6 Tahun 2020. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Datuk Rafiq Bin Naizamohideen selaku Pengerusi EXCO NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Antara agenda mesyuarat adalah memfokuskan kepada isu berbangkit daripada mesyuarat bilangan 5 dan beberapa isu-isu baru untuk dibincangkan. Turut hadir ialah Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Pengarah dan Timbalan Pengarah JBS Negeri Melaka serta Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua-ketua atau wakil agensi yang hadir.
Disediakan Oleh:Cik Jalma Binti Annas, Bahagian Pembangunan Belia, JBSNM
- JBS Melaka
- Hits: 1128
