MELAKA, 28 November 2020 – Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Hang Tuah Jaya telah mendakan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Hang Tuah Jaya (Bukit Katil) Kali Ke 47 bagi tahun 2020 pada 28 November 2020 bertempat di Aras 5 Hotel Bendahara, Melaka. Mesyuarat yang dirasmikan oleh Encik Mohd Nizam Bin Hj Omar, pengerusi GB4B Negeri Melaka merangkap pengerusi GB4B Malaysia ini telah membincangkan pelbagai isu-isu belia setempat. Turut hadir adalah saudara Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden MGBM dan saudara Mohd Syahmi Md Lasa mewakili Pengarah JBS Negeri Melaka. Jabatan ini mengucapkan tahniah kepada saudara Syed Aziz Syed Mohamad pengerusi GB4B Kawasan Hang Tuah Jaya diatas kejayaan melaksanakan mesyuarat ini.
Disediakan oleh: Jalma Annas, Bahagian Pembangunan Belia JBSNM
- JBS Melaka
- Hits: 522
