- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 85
KEPONG BAKAL MILIKI GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG PERTAMA DI BAWAH SELIAAN DBKL
Jinjang, 5 Mac 2024 - Lawatan tapak binaan gelanggang bola keranjang bersama YB Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong telah diadakan pada hari ini bersama PBSK Kepong/ Segambut dan Encik Yap, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3, Kepong.
Gelanggang bola keranjang berbumbung yang bakal dibangunkan ini akan diletakkan di bawah seliaan DBKL. Pembinaan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan April 2024.
Menurut YB Lim, pembinaan gelanggang ini akan dapat menyatupadukan komuniti di Kepong terutamanya.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 85