Bukit Kiara, 21 Februari 2024 - Gerakan Belia 4B Kawasan Bandar Tun Razak telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
Delegasi telah diketuai oleh Encik Aman, Pengerusi, Encik Firdaus Setiausaha dan ahli Jawatankuasa.
Pelbagai topik telah dibincangkan dalam pertemuan penuh harmoni ini. Jalinan kerjasama ini merupakan satu peluang kepada para belia untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kementerian Belia dan Sukan.
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada barisan Gerakan Belia 4B Kawasan Bandar Tun Razak bagi tempoh jawatankuasa 2023-2025.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 81