- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 119
GERAKAN BELIA 4B KAWASAN SEPUTEH ADAKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK & IFTAR RAMADHAN 2024
28 Mac 2024, Kg.Muhibbah - Gerakan Belia 4B Kawasan Seputeh dengan Kerjasama Persatuan Kebajikan Sahabat Muhibbah & Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg. Muhibbah telah mengadakann Program Bubur Lambuk & Iftar Ramadhan 2024 bertempat di Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg. Muhibbah.
Aktiviti gotong royong menyiapkan bubur lambuk ini ini telah bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 1.30 petangdan sebanyak 400 unit bekas telah berjaya disediakan untuk diagihkan kepada penerima. Encik Mohd Ibrahim bin Moha Yussop mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Kawasan Seputeh turut sama-sama merewang dan mengacau bubur bersama ahli-ahli gerakan belia 4B Kawasan Seputeh dan komuniti setempat.
Program seterusnya iaitu aktiviti konvoi yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang yang melibatkan 3 unit kereta digunakan dalam menyerahkan bubur tersebut kepada agensi-agensi kerajaaan didalam Kawasan Seputeh.
Seterusnya, Program Iftar Ramadhan pula akan mengambil tempat dari jam 6.30 petang hingga 8.00 malam pada tarikh yang sama di Surau Nur-Asy Syakirin.
Syabas & tahniah Gerakan Belia 4B Kawasan Seputeh serta komuniti setempat yang telah berjaya melaksanakan program tersebut.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 119