- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 94
PROGRAM INSPIRE OKU AKTIF @ HUJUNG MINGGU PERINGKAT WP KUALA LUMPUR SESI KE-2
SETAPAK JAYA, 25 Mei 2024: Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Peringkat WP Kuala Lumpur 2024 telah diteruskan untuk Sesi Ke-2 yang bertempat di Dewan Penduduk DBKL PRA Desa Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur.
Jurulatih senamrobik daripada FTic Fitness Club telah mengetuai sesi senaman pada pagi itu dan telah mendapat sambutan baik oleh peserta yang terdiri daripada warga OKU dan pengiring setempat iaitu ahli Persatuan Kerjasama Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI) serta penduduk PRA Desa Rejang.
Program yang berbaki lapan sesi lagi ini diharapkan terus mendapat sambutan penyertaan di kalangan OKU khususnya agar objektif program dapat dicapai sebaiknya.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 94