- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 96
SDM MENJUARAI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KAWASAN BATU 2024 (PING PONG BERPASUKAN)
Bandar Baru Sentul, 22 Jun 2024 – SDM dinobatkan Juara Liga Sukan Komuniti (Ping Pong Berpasukan) Peringkat Kawasan Batu 2024 setelah menewaskan pasukan IJPAMWP yang berlangsung di Dewan Blok 39, Perumahan Awam Sri Perak.
Sebanyak 6 pasukan berentap dalam saingan ini dimana akhirnya SDM dan IJPAMWP mara ke perlawanan akhir dan layak mewakili Parlimen Batu untuk berentap di peringkat wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Julai nanti. Manakala tempat Ketiga di menangi oleh pasukan Unknown Legend dan Ke-Empat pasukan Memo.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan PBSK Batu/Wangsa Maju, Encik Muhammad Rery Martinaz bin Muhammad Ali. Turut hadir sama ialah kakitangan PBSK Batu/Wangsa Maju.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 96