BUKIT KIARA, 2 Julai 2024: Wakil Persatuan JomBola Malaysia telah hadir ke Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur untuk membuat perjumpaan bersama Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
En. Mohammad Pauzi bin Paiman, Timbalan Pengarah Sukan telah menyambut baik kedatangan mereka dan telah membuat perbincangan dua hala berkaitan kerjasama serta potensi program yang boleh dilaksanakan bersama demi pembangunan sukan JomBola di WP Kuala Lumpur khususnya.
Perjumpaan tersebut juga telah membincangkan berkaitan permohonan Persatuan JomBola untuk menjadikan KRM Bukit Kiara sebagai pusat latihan Sukan JomBola di samping membuat beberapa perancangan untuk mengadakan klinik pengenalan Sukan JomBola.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 74