- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 101
PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN SEPUTEH HADIR DI SUKAN BOWLING ANJURAN HYO SEPUTEH
Julai 2024, Endah Parade Seri Petaling - Pertubuhan Belia Hindu Kawasan Seputeh (HYO) telah melaksanakan Sukan Bowling Bash di Alam Lanes Kuala Lumpur, Endah Parade yang melibatkan ahli-ahli HYO Seputeh serta golongan belia yang berminat untuk turut serta dalam sukan tersebut.
Objektif utama program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan antara ahli HYO Seputeh serta dapat memupuk minat bersukan iaitu 'sport nation'.
Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutup Program Sukan Bowling Bash anjuran HYO Seputeh. Pihak PBSK Seputeh mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HYO Seputeh selaku penyelaras program kerana telah menjemput Pegawai PBSK Seputeh untuk turut hadir didalam program tersebut.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 101