- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 81
SERI 1-1 REPUBLIK KYRGYZ BERTEMU MALAYSIA DI TAYANGAN DI TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026/ PIALA ASIA 2027
BUKIT JALIL, 6Jun 2024: Lokasi kedua Tayangan Skrin Besar secara serentak pada kali ini adalah di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menayangkan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 iaitu di antara Republik Kyrgyz bertemu Malaysia.
Sementara itu, JBSWPKL telah mengadakan Tayangan Skrin Besar yang sama di Dataran Merdeka.

Keputusan Perlawanan dan Carta Kedudukan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027
Republik Kyrgyz
1-1
Malaysia




Perlawanan seterusnya Malaysia akan bertemu Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 11 Jun 2024 (Selasa)
.

Sementara itu, tetamu kehormat yang hadir pada malam itu di antaranya ialah Datuk Hans Isaac, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), En. Iliyas bin Jamil, CEO PSM, En. Mohd Nizam bin Haji Ismail, Pengarah JBSWPKL, En. Mohammad Pauzi bin Paiman, Timb. Pengarah Sukan JBSWPKL serta Pegawai-pegawai dan kakitangan JBSWPKL selaku urus setia program.
Acara sampingan yang diadakan juga turut memeriahkan program dan sebagai hiburan kepada pengunjung serta penyokong Harimau Malaya yang hadir ke SNBJ. Di antaranya ialah aktiviti Cabutan Bertuah, Penalty Shoot Out, Basketball Shoot Out, Fun Archery serta Jualan Food Truck.
Selamanya Harimau Malaya 



- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 81