- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 101
MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS @ HUJUNG MINGGU DAN PROGRAM INSPIRE OKU AKTIF @ HUJUNG MINGGU
MENARA KBS, 4 April 2024: Satu mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 13, Menara KBS, Putrajaya telah dipengerusikan oleh En. Abd Aziz bin Abd Rahman, TKP Sukan, Bahagian Pem Sukan, JBSN bagi membincangkan Penyelarasan Majlis Pelancaran Program Senaman Warga Emas @ Hujung Minggu dan Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu.
Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Menteri KBS, Bahagian Pem. Sukan JBSN, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur iaitu En. Mohammad Pauzi bin Paiman, TP Sukan serta En. Sazzlan bin Yuga, mewakili pegawai Bahagian Pem Sukan JBSWPKL.
Mesyuarat juga telah membincangkan perancangan bagi persediaan Majlis Pelancaran bagi kedua-dua program hujung minggu tersebut serta kaedah pengurusan program yang melibatkan tempoh pelaksanaan selama tiga (3) bulan yang mensasarkan penyertaan seramai 7,500 orang bagi program OKU dan 22,320 orang bagi program Warga Emas.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 101