Bukit Bintang, 9 Mac 2024 - Telah berlangsung Program Senamrobik Komuniti Peringkat Parlimen Bukit Bintang bertempat di Perumahan Awam Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Objektif program ini adalah untuk memberi galakan secara berterusan kepada belia dan orang ramai di kawasan PPR/PA untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti sukan dan kecergasan. Program ini akan diadakan setiap hujung minggu bermula Februari hingga Disember di kemudahan sedia ada yang terdapat di kawasan komuniti yang dipilih.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Fong Kok Seng, Pengerusi MPPWP Zon Bukit Bintang mewakili Yang Berhormat Ahli Parlimen Bukit Bintang.
En. Tun Mohd Muaazam b. Mustafa Al-Bakri dan En. Muhammad Emir Fawwaz b. Mohd Zen dari PBSK Kawasan Bukit Bintang serta Encik Mohd Ismail bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Jalan Hang Tuah turut hadir bersama di program ini.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 103