- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 84
SESI KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN PERSATUAN POKET BIKE MALAYSIA (PAM) KEPADA PENGARAH JBSWP KUALA LUMPUR
BUKIT KIARA, 23 Januari 2024: Pengarah JBSWP Kuala Lumpur, En. Mohd Nizam bin Haji Ismail telah dikunjungi oleh Presiden Poket Bike Malaysia (PAM) bagi membincangkan serta bertukar pendapat mengenai pembangunan sukan Poket Bike di WP Kuala Lumpur khususnya, sejarah struktur PAM serta hasrat untuk membuat jalinan kerjasama dalam pelan perancangan kejuaraan Malaysia PocketGP Race 2024.
Turut hadir sama wakil pegawai daripada Bahagian Pembangunan Sukan iaitu Puan Melyani Fitria binti Indra.Di antara cadangan perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah Jelajah PocketGP Showcase dengan kerjasama JBSWPKL dan Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur bagi mempromosikan sukan Poket Bike di kalangan target kumpulan iaitu 6 hingga 12 tahun.
Semoga usaha dan kerjasama yang bakal terjalin dapat memberi kebaikan kepada perkembangan sukan ini seterusnya dapat melahirkan bakat-bakat baru mewakili WP Kuala Lumpur di peringkat yang membanggakan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 84